:::Kenapa Tak Rogol Saya?:::
by Islam Itu Agamaku on Saturday, 09 October 2010 at 15:03
Kisah benar ini berlaku di US. 
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus. 
Suatu   malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat   kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang   diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada   masa itu. 
Disebabkan hari yang agak sudah  lewat,berjalan  di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan  rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. 
Tiba-tiba   dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di   dinding di tepi lorongitu. Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati.   Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon   keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan   agarAllah membantu dia disaat itu. 
Masa dia melepasi   tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka   lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah danperempuan ini   selamat sampai ke rumahnya. 
Keesokkan paginya, wanita ini   terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang   lelakiyang tidak dikenali dekat lorong yangdia jalan semalam hanya 10   minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar   lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogolitu. 
Atas   rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni   dapat mengenalpasti suspekmelalui kawad cam dan selepas   siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah   perogol yang dicari. 
Tapi perempuan ini hairan juga   kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong   tersebutwalhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol   perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini naktahu sangat sebabnya.   Jadi dia mintakebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum   hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain). 
Dia pun tanya perogol itu.. 
“Why   don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m   alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak  tau  saya seorang je masa tu?) 
Perogol tu jawab: 
“No,   you are not alone. That night I saw two young man walking with you.  One  on your right side and the other onewas by your left side. If you  were  aloneof course you will be my victim.” (Tak, awak bukan  berseorangan.  Malam tusaya nampak ada 2 orang lelaki berjalan  dengan awak. Seorang  sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri  awak.Kalaulah awak  sorang2 malam tu, sudahpasti awak jadi mangsa  saya..) 
Wanita  ni rasa amat terkejut bila  dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur  ke hadrat Allah kerana  memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat  ayat Kursiyang dia baca  malam itu. 
p/s : MORAL CERITA INI??? 
Jika   kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala   laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara   kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang  seorang  yang menjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang  lelaki  yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah  untuk  menjagahambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. 
"...Barang   siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah   mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapayang   membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan   memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 
Sebuah   kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga  kite  semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba  kita  seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu  DOA…. 
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
sumber: MD REDZUAN
||tdak plu mminta izin jika ingin b'kongsi b'sama shabat2 anda||








