Thanks 4 visiting my blog, penulisan yang ada dalam blog ni di petik dari pelbagai sumber.Hope u guyz gonna get some knowledge from my blog. Sabda nabi,smpikanlah pesanku walaupun dgn sepotong ayat.So,enjoy ur reading guyzzzzzz.

A.b.o.u.t M.e

My photo
Nothing special...juz an ordinary person

m.a.l.o.p.e t.r.i.f.i.d.a F.o.l.l.o.w.e.r.s

M.u.t.i.a.r.a K.a.t.a

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

( Surah as saff , ayat 1-3 )


Rasullullah s.a.w. bersabda: Sabar itu adalah salah satu daripada cabang iman seperti kepala adalah sebahagian daripada tubuh badan.

( Riwayat Ad Dailami )

Rasullullah saw bersabda "Tidak ada suatu apa pun yg menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali ALLAH menuliskannya sebagai kebaikkan atau dihapuskannya kesalahan"

( HR Bukhari dan Muslim )

"Sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya)"

Demi Allah, dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia (dari Al-Mustaurid ibn Syaddad r.a, Hadits Riwayat Muslim).


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui..

(Al-Baqarah,ayat 21
6)


Biar hina di mata manusia jgn hina dimata ALLAH



Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

M.y.B.l.o.g.A.w.a.r.d

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, May 18, 2009

Ciri-Ciri Wanita Syurga


Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga???

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan istri-istri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Istri-istri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari
kiamat, dan
beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad
adalah hamba
dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan
Ramadlan, dan menunaikan haji bagi
yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat
Allah, dia
mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan
Rasul-Nya, takut
terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan
bersabar atas segala takdir-takdir
Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan
kepadanya.


6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika
sendiri atau
beramai2 dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta
berbuat baik
terhadap haiwan ternakan yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada
orang, menahan
pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Bersedekah, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan
memaafkan manusia.


11. Adil dalam semua perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keaiban orang lain.

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan kaum kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami ambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).

Wallahu A’lam Bis Sawab.


2 comments:

  1. semga ramai yg mnjdi wanita syurga:-)amin...

    jum ramai2 tgk ~S.Y.U.R.G.A C.I.N.T.A~

    ReplyDelete
  2. insyaallah dear...amin ya robbalalamin..:D

    ReplyDelete