Keistimewaan Orang Yang membaca Al-Quran
Di Dunia
Ø Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang
terpilih,diangkat oleh ALLAH Taala darjatnya setinggi-tinggi darjat.
Peribadinya
Ø Memperolehi ketenangan dengan cahaya ALLAH dan sentiasa mendengar dan metaati
perintah Allah serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-quran dengan
hati yang terbuka.
Hatinya
Ø Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.
Rumahnya
Ø Dilihat oleh penduduk dilangit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-
bintang,rumahnya dipenuhi cahaya yang ,meliputi keluarganya,banyak kebaikan
didalamnya,para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.
Pahalanya
Ø Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan(pahala),dikurniakan kepadanya
ketenangan,dilimpahi rahmat keatasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya
dimakbulkan ketika tamat bacaanya.Dia diumpamakan seperti buah epal wangi baunya
dan sedap rasanya….
Hari kiamat
Ø Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya,dia akan berada bersama-sama para
malaikat,diangkat darjatnya ke syurga peringkat demi peringkat…
Balasan Orang Meninggalkan Al-Quran
Di Dunia
Ø Orang yang tidak suka membaca Al-Quran,kehidupanya sempit, masalahnya tidak
berakhir dan dadanya dipenuhi dengan kelemahan..
Peribadinya
Ø Tidak teratur, murung dan sempit dadanya
Hatinya
Ø Berkarat atau kotor seperti mana karatnya besi kerana hatinya tidak dimasuki cahay
Al-Quran.
Rumahnya
Ø Keadaan rumahnya seperti tanah perkuburan yang gelap, penghuninya sesak, sedikit
kebaikannya,jika banyak(kebaikan) tiada keberkatan. Tidak dimasuki malaikat malah
dihuni oleh syaitan-syaitan.
Pahalanya
Ø Tiada pahala untuknya,diumpamakannya seperti buah peria tidak mempunyai bau dan
rasa pahit manakala hatinya seperti rumah yang roboh…
Hari kiamat
Ø ALLAH akan menghilangkan penglihatanya dan akan dibangkitkan diantara makhluk-
makhluk yang buta seraya berkata
” WAHAI TUHANKU MENGAPA AKU DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN BUTA SEDANGKAN AKU CELIK DI DUNIA?.MAKA DIKATAKAN KEPADANYA : “DEMIKIANLAH
TELAH DATANG AYAT-AYAT KAMI,MAKA KAMU MELUPAKANNYA DAN BEGITULAH PULA PADA HARI INI KAMU PULA DILUPAKAN…
No comments:
Post a Comment